Thursday, January 19, 2012

tudung awning

haisyy geli pulak tengok orang berniaga tudung awning @ indon kat fb ni.

Wednesday, January 4, 2012

ptptn

dengan rasminya gua dah bebas dari belenggu ptptn.

hahahahaha!

alhamdulillah, dengan duit ptptn jugaklah gua dapat ijazah, dapat kerja, boleh bagi duit bulan-bulan kat mak bapak.

kepada yang belum pernah bayar langsung tu, bawak-bawak la sedar diri ya.

jangan sampai time anak cucu kita esok kena buat pinjaman pendidikan dengan bank, faedah 8% setahun sebab peminjam yang lama-lama semua liat nak bayar balik. jangan kata ptptn je boleh bankrap, along pun bole bunuh diri kalau semua pakat liat nak bayar balik.

bayar 50 sebulan pun cukuplah. kalau rokok sekotak 10 hengget boleh beli 5 kotak seminggu, takkan nak bayar ptptn 50 sebulan pun susah. bayar je pakai online payment, baru 50 sen je charge bang.

Wednesday, December 28, 2011

kahwin sudah

kesian husband ko tak hensem langsung dowh.

tapi cinta itu buta kan.

tahniah.

Monday, November 21, 2011

harimau malaya! aummm!!!

antara quotes terbaik kat fb sempena kemenangan harimau malaya:

"ibarat mati slow2( tengok bola bergolek masok gol)...seksaaaa beb!!~
TAHNIAH HARIMAU MUDA!!~

haha.garuda msk tiga rasa menu sok...kruk kruk..
ok jom player msia nek kete kebal.

Melayu,cina dan india bersatu di restoran mamak berteriak MALAYSIA!Selamanya MALAYSIA!Selamanya HARIMAU MALAYA!

Tiada yang lebih puas hati daripada melihatkan Gelora Bung Karno disenyapkan buat kedua kalinya. Dengan rasminya ia menjadi BungKus, tambahan kalau ia dibakar nanti dek kalah buat dua kali berturut-turut.

tiada apa yg lebih manis dari menyaksikan kekalahan angry bird sambil disaksikan bibik di rumah..muahaha.."



ganyang indonesia! ganyang indonesia! ganyang indonesia! sayang malaysia! yeaaahhhhhhh!!!

Sunday, September 18, 2011

generasi Z

bebudak kecik zaman sekarang ni memang kebanyakannya hyperactive.

kalau datang beraya tu, mesti nak:

1. panjat kerusi / meja / kabinet / gerobok
2. main campak-campak remote astro
3. main bukak tutup pintu rumah/toilet/bilik
4. main kejar-kejar dalam rumah
5. tonyoh-tonyoh (tonyoh ke tenyeh) jari kat tv
6. menjerit melalak tak tentu pasal

pendek kata tak boleh duduk diam.

mak bapak pun tak reti / tak berani nak marah anak. apatah lagi nak cubit / piat telinga anak.

bangga tengok anak-anak kuat main, aktif katanya.

zaman gua masa umur 5-6 tahun dulu, kat mana gua duduk, kat situ lah gua duduk melekat dari mula datang sampai lah ke sudah. sebab masa tu gua gemok / tembam kan, so memang kadar metabolisme tu kurang sikit, takde la macam budak-budak kategori kat atas tu.

lagipun masa tu abah gua garang. dia jeling sikit gua dah goyang. kalau tertumpah sikit la air sirap tu kat alas meja, memang siap la balik rumah nanti.

even nak pegang / bukak bekas kuih pun seriau, takut pecah / tumpah. tapi bebudak sekarang nauzubillah. ada pulak tu perangai mengalahkan jin buragas. tak cukup meja, grill depan rumah gua pun dia panjat.

kenapa?

salah budak atau parents? atau zaman sekarang ni bebudak yang aktif dan nakal (gua lebih prefer ayat jahat) adalah satu benda yang dibanggakan?

hilang semua adab sopan orang melayu. takde disiplin. datang menziarah tak reti bawak diri. no manners. kalau dari kecik dah tak diajar, benda tu melekat sampai ke tua. tu yang jadi tak malu parking kereta betul-betul depan rumah jiran tanpa segan silu sampai jiran nak keluar kereta pun susah (akan di update dalam entry seterusnya).

kecik-kecik dah nakal. kesian. dua kali kesian kat parents. besar esok jadi mat sabul. nauzubillah mintak dijauhkan benda ni daripada jadi kat anak gua nanti.

Saturday, August 27, 2011

ego

ramai orang malas nak berurusan dengan penjawat awam, terutamanya bila nak telefon pejabat kerajaan.

cakap dengan nada tinggi, kasar, main passing-passing call kat orang lain, jawab nak tak nak.

sebenarnya benda ni bukan jadi kat orang awam jer.

gua yang dalam servis pun kena jugak benda ni.

padahal yang jawab tu bukan staf-staf yang masuk pakai spm, tapi bos besar. bercakap dengan nada nak marah memanjang. padahal awak tu kan duduk dekat agensi pusat. pada u all la kitorang nak refer kalau ada masalah.

abes kalau tanya sikit pun nak marah, tak payah duduk central agency la macam tu.

macam mana la rakyat tak fed up dengan gomen. perangai tak pernah nak berubah.

Wednesday, August 3, 2011

raya la pulak

puasa baru 2 hari setengah woi, apa kejadah pasang lagu nazam lebaran.